Tidur petang sunnah ?
3 posters
Tidur petang sunnah ?
Salam Ustaz,
Tidur sekejap petang itu sunnah ? Kalau ye , boleh ustaz bari hadis nya ?

azri- Banyak Dah Join
- Number of posts : 70
Lokasi : Selangor
Registration date : 2008-11-05
Re: Tidur petang sunnah ?
salam..setau ana, tidur tgh hari je yg sunnah, tapi x pasti selepas zohor atau sebelum..itupun dalam jangka masa yang tak lama sgt..
petang selepas asar makruh..sbb akan mewarisi kegilaan...dulu2 org ckp gitu.. tapi org zaman sekarang ikut dan jer mana nak..
petang selepas asar makruh..sbb akan mewarisi kegilaan...dulu2 org ckp gitu.. tapi org zaman sekarang ikut dan jer mana nak..
Re: Tidur petang sunnah ?
Ana nak dalil tentang tidur tengah hari ke petang ikut sunnah. Kat sekolah asrama penuh, tak ada rest langsung. ana nampak kat surau/masjid nya budak budak dok tertidur masa berzikir/doa. Macammana nak kyusuk. Tak tau lah warden mereka ni tak tau sunnah
azri- Banyak Dah Join
- Number of posts : 70
Lokasi : Selangor
Registration date : 2008-11-05
Re: Tidur petang sunnah ?
lor...no komen..tapi kalau semua orang tidur tghari/petang dengan alasan sunnah..nnt ada la pekerja2 yang mengambil kesempatan untuk tidur semata2 alasannya sunnah.. ana pun penah dok asrama penuh..dah namaya pun PENUH,..so mmg penuh la kan.. xper..kita tunggu ustaz syauqi upload kan hadith nya..
p/s ana ngajar petang..rugi la ana x dapat pahala sunat tidur tghari/ptg...
p/s ana ngajar petang..rugi la ana x dapat pahala sunat tidur tghari/ptg...
Re: Tidur petang sunnah ?
Salam...
Qailulah ialah tidur tengahari biasanya sebelum waktu zohor dalam jangka waktu yang sekejap sahaja ... lebih kurang 15 minit atau 30 minit sahaja.
Dalam kitab Fiqhus Sunnah terdapat keterangan sebagai berikut:
فعن ابن عمر قال: كنا في زمن رسول الله صلى الله عليه وسلم ننام في المسجد نقيل فيه ونحن شباب.
Terdapat sebuah hadis dari Ibnu Umar, beliau berkata, "Kami (para sahabat) pada zaman Rasulullah Saw. suka tidur di masjid, kami tidur qailulah (tidur tengah hari) di dalamnya, dan kami pada waktu itu masih muda-muda." (Kitab Fiqhus Sunnah, Juz I, hal. 252)
Anas bin Malik radhiyallahu anhu berkata:
كُنَّا نُبَكِّرُ بِالْجُمُعَةِ وَنَقِيْلُ بَعْدَ الْجُمُعَةِ
Kami tabkir (bersegera datang ke masjid) untuk menanti pelaksanaan shalat Jumaat dan kami ‘qailulah’ setelah solat Jumaat. (HR. Al-Bukhari no. 905)
Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor.”

shauqi- Moderator
- Number of posts : 154
Registration date : 2008-03-25
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum