Mari Belajar Bahasa Arab
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

keliru batas antara bekas suami dan isteri

2 posters

Go down

keliru batas antara bekas suami dan isteri Empty keliru batas antara bekas suami dan isteri

Post by puterisalju Sat Nov 22, 2008 1:44 pm

Salam Ust,

Saya nak tau bagi pasangan yg telah bercerai apakah :

1. tanggungjwb bekas suami kepada bekas isteri
2. tangggung bekas suami terhadap anak2 dan tanggjwb bekas isteri pada anak2
3. adakah dikira dayus bagi lelaki yg telah bercerai tapi masih mengikut kehendak bekas isteri kerana takut bekas isteri tak bagi jumpa anak. Sedangkan bekas isteri penah mengeluarkan kata2 kesat pada bekas suami. Tapi kerana fikir anak2 bekas suami sering menjadi 'driver' bekas isteri kalau nak pegi mana. Dan penah kuar tanpa kehadiran anak2.
4. Apakah hukum bagi sorang suami yg mampu menanggung perbelanjaan bekas isteri dan anak2 tapi tidak beri nafkah zahir pada isteri dengan alasan isteri tinggal dengan keluarga dan mampu tanggung diri sendiri.
5. Adakah berdosa suami menemani bekas isteri tanpa pengetahuan isteri.
6. Adakah berdosa seorang isteri tidak menghubungi suami selama seminggu akibat dari perselisihan faham. Dan isteri cuma bagi tau 'saya akan hubungi awak bila hati dah tenang'. Dan suami hanya diam dan tidak melarang perbuatan isteri.
7. Bolehkah isteri menegur perbuatan suami dan melarang suami terlalu menurut kehendak bekas isteri.
8. Boleh ke kita luahkan rase geram dan marah kita pada sesorng hanya terlintas dlm hati atau pun hanya mengomel sorang2 kerana kalau keluar dari mulut pasti akan jadi gaduh.
9. Boleh ke bekas isteri menghadirkan diri pada majlis bekas kakak ipar, sedangkan bekas suami tidak ade pun jemput dtg. Malah bekas isteri telah menjemput kakak dia dtg. Menurut suami saya dia pun tak tahu sapa yg jemput bekas isteri dia dtg. Sebelum tu kakak suami saya penah tanya nak jemput ke keluarga bekas isteri tapi suami saya ckp tak payah. Bila bekas isteri dtg dan kakak dia dtg keluarga suami layan mcm biasa, malah kerana tak mahu gaduh suami bwk jugak bekas isteri pegi bertandang. Alasan suami kerana tak nak gaduh2..Yang saya tahu kakak2 bekas isteri dia yg lain tak tahu pun dia pegi rumah bekas suaminya...Dari segi islam apa hukum nya?
10. setakat mana batas pergaulan antara bekas suami dan bekas isteri.

Terima kasih ust..... maaf yea byk kemunsykilan... Very Happy

puterisalju
Baru Join Sikit-sikit
Baru Join Sikit-sikit

Number of posts : 33
Registration date : 2008-11-22

Back to top Go down

keliru batas antara bekas suami dan isteri Empty Re: keliru batas antara bekas suami dan isteri

Post by shauqi Wed Nov 26, 2008 4:05 pm

Salam puterisalju....

1. macam hubungan seorang Muslim dengan muslim yg lain
2. suami (ayah) bertanggung jawab utk memberi nafkah kepada anak, isteri (ibu) mendidik anak dll
3. bila dah bercerai takde lagi hubungan sebagai suami isteri... so takde dayus... cuma mungkin tak nak berbalah. Tapi bila keluar berdua2an tetap salah sebab bukan mahram dan takde apa2 hubungan lagi.
4. tak wajib lagi bagi nafkah pada bekas isteri sebab dah berpisah. Cuma nafkah pada anak tetap wajib
5. Kalau berdua2an yg boleh menimbulkan fitnah... memang ler salah... dan boleh kena tangkap khalwat Very Happy
6. Dua2 salah dan berdosa kerana tak menjalankan tanggung jawab masing2.
7. Boleh tegur dan beri nasihat... agama itu nasihat
8. elok sangka baik dgn orang... tak yah mengomel walau dlm hati...
9. mungkin bekas kakak ipar jemput... perkara kecil aje ...
10. bekas isteri dan bekas suami takde hubungan apa2 lagi... so...pergaulan perlu dijaga, aurat perlu dijaga etc.

wallahu'alam
shauqi
shauqi
Moderator
Moderator

Number of posts : 154
Registration date : 2008-03-25

Back to top Go down

keliru batas antara bekas suami dan isteri Empty Re: keliru batas antara bekas suami dan isteri

Post by puterisalju Thu Nov 27, 2008 10:28 am

Salam ust,

terima kasih atas jawapan ust.

Saya rase bab nak berbaik sangka tu mcm agak payah lah nak buat .... so ust ada tak apa2 petua agar hati saya nie boleh tenang.

Saya ada buat solat2 sunat , tapi bila dtg marah tu mmg lupalah semua Very Happy

Satu lagi mcm susah gak nak tegur lelaki nie sebab mereka ego.... jgn marah ust yea .. tak semualah macam tu ..suami saya tetap kata apa yg dia buat tu betul n tak langgar hukum sebab dia tahu apa yg dia buat ...

kadang2 saya fikir mungkin solat saya nie masih belum cukup sempurna. Sebab tu masih ada lagi sifat mazmunah...

maaf ust yea, rase2 nie dah mcm sesi kaunseling pulak.

terima kasih ust. Smile

puterisalju
Baru Join Sikit-sikit
Baru Join Sikit-sikit

Number of posts : 33
Registration date : 2008-11-22

Back to top Go down

keliru batas antara bekas suami dan isteri Empty Re: keliru batas antara bekas suami dan isteri

Post by shauqi Thu Nov 27, 2008 12:07 pm

Salam...

Untuk hati menjadi tenang... banyakkan membaca al-Quran dan berzikir. Firman Allah dalam surah al-Ra'd ayat 28 bermaksud: "Bukankah dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang".

Memang nampak suami macam tak nak terima apa2 yg ditegur oleh isteri, tapi yakinlah sebenarnya dia juga berfikir tentang apa jua yg ditegur atau dinasihat oleh isteri cuma kadang-kala dia nak tunjuk ego dia depan isteri sebab tu tak nak mengaku. So, terus berbincang dengan baik apabila menghadapi sesuatu isu. Seterusnya banyakkan berdoa kepada Allah.... sabda nabi "Doa itu senjata bagi orang beriman".

wassalam.
shauqi
shauqi
Moderator
Moderator

Number of posts : 154
Registration date : 2008-03-25

Back to top Go down

keliru batas antara bekas suami dan isteri Empty Re: keliru batas antara bekas suami dan isteri

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum