Mari Belajar Bahasa Arab
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

solat sunat awabin

2 posters

Go down

solat sunat awabin Empty solat sunat awabin

Post by azri Fri Dec 05, 2008 8:05 pm

salam ya ustaz.
lailatul saidah.

apa tu solat sunat awabin? bila, bagaimana?

azri
Banyak Dah Join
Banyak Dah Join

Number of posts : 70
Lokasi : Selangor
Registration date : 2008-11-05

Back to top Go down

solat sunat awabin Empty Re: solat sunat awabin

Post by shauqi Mon Dec 22, 2008 11:36 am

salam....

Awwabin berasal dari Bahasa Arab yang bererti (orang yang sering bertaubat). Para ulama berbeza pendapat mengenai solat ini. Ada yang berpendapat solat sunat awwabin dilakukan antara waktu Maghrib dan Isya'. Tetapi ada juga ulama yang mengatakan solat awwabin adalah nama lain dari Solat Sunat Dhuha

Tirmidzi meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda "Barang siapa solat 6 rakaat setelah maghrib, di sela-selanya tidak berbicara kotor, maka ia mendapatkan pahala ibadah selama 12 tahun. [http://www.livingislam.org/n/sldh_e.html ) Kemudian beliau juga meriwayatkan dari Aisyah bahwa Rasulullah bersabda "Barangsiapa solat 20 rakaat selepas maghrib maka Allah mambangukan rumah di syurga untuknya", Tirmidzi berkata, hadis Abu Hurairah "gharib" (hanya diriwayatkan seorang rawi yang tidak kuat)
Tabrani juga meriwayatkan dari Ammar bin Yasir, Rasulullah bersabda "Barangsiapa melakukan solat 6 rakaat setelah maghrib, maka diampuni dosanya meskipun sebanyak ombak lautan". Ibnu Majah dan Ibnu Huzaimah juga meriwayatkan serupa.

Tetapi ada juga ulama yang mengatakan solat awwabin adalah nama lain dari solat dhuha.
Daripada Abu Hurairah maksudnya :"Rasullullah telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”.
Sabda Nabi : "Solatnya orang-orang awwabin (yang sering bertaubat kepada Allah) adalah ketika anak unta merasa kepanasan" (HR. Muslim : 848)
Demikian pula sabda nabi : "Tidak ada yang menjaga solat Dhuha kecuali orang awwab (sering bertaubat). Rasulullah bersabda: "Itu adalah solatnya orang-orang yang sering bertaubat" (HR Ibnu Khuzaimah dalam Shahihnya: 1224, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak 1/313 Ath Thabarani dalam Al-Ausath: 4322. Disahihkan Al Hakim dan disepakati Adz-Dzahabi. Dan dihasankan Al-Albani dalam silsilah As-Sahihah no. 707)
shauqi
shauqi
Moderator
Moderator

Number of posts : 154
Registration date : 2008-03-25

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum