soalan wanita
2 posters
soalan wanita
Salam ustaz
saya ada soalan saya smmgnya keluar cecair kuning pada hari biasa, satu hari, saya tak yakin yg saya orgasm ketika tidur kerana pasti yg mimpi saya tidaklah begitu menaikkan syahwat. Tapi ada sedikit cecair kuning yg saya lihat.
1.Jika saya rasa yakin cecair kuning itu adalah cecair yg biasa keluar pada saya, perlukah saya mandi wajib?
2.bagaimanakah warna dan kuantiti bagi mani wanita?
terimakasih.
salam.

hatter- Baru Je Join
- Number of posts : 1
Registration date : 2009-01-04
Re: soalan wanita
Salam...
Mani lelaki berbentuk cairan pekat berwarna putih, adapun mani wanita cair berwarna kuning. Sebagaimana disebutkan di dalam hadis Ummu Sulaim bahawa dia bertanya kepada Rasulullah tentang seorang wanita yang bermimpi di dalam tidur sebagaimana yang dialami kaum lelaki (mimpi basah). Rasul SAW bersabda: “Jika dia melihat keluarnya mani maka wajib mandi.” Ummu Sulaim bertanya: “Apakah seorang wanita juga mengalaminya (mimpi basah)?” Rasul SAW menjawab: “Kalau begitu bagaimana mungkin seorang anak boleh mirip ibunya? Sesungguhnya mani lelaki itu pekat berwarna putih dan mani wanita cair berwarna kuning, siapa saja di antara keduanya yang lebih awal atau lebih dominan maka kemiripan akan condong kepadanya.” Muttafaqun ‘Alaihi (Shahih Muslim No:469)
Dalam Syarah Shahih Muslim (III/222), berkaitan dengan sabda nabi: Mani lelaki pekat berwarna putih, mani wanita berwarna kuning, Imam An-Nawawi berkata: “Hadis ini merupakan kaedah yang sangat mulia di dalam menjelaskan bentuk dan sifat mani. Itulah sifatnya di dalam keadaan biasa dan normal.
Alim ulama berkata: “Dalam keadaan sihat mani lelaki itu berwarna putih pekat memancar sedikit demi sedikit di saat keluar. Biasa keluar bila dikuasai dengan syahwat dan sangat nikmat saat keluarnya. Setelah keluar dia akan merasakan lemas dan akan mencium bau seperti bau mayang kurma, iaitu seperti bau adunan tepung. Warna mani boleh berubah disebabkan beberapa hal di antaranya: saat sedang sakit,
maninya akan berubah cair dan kuning, atau kantung testis melemah sehingga mani keluar tanpa dipacu oleh syahwat, atau kerana terlalu sering bersenggama sehingga warna mani berubah merah seperti air perahan daging dan kadangkala yang keluar adalah darah.
Beberapa ciri yang dijadikan panduan dalam mengenal mani adalah:
1-Memancar akibat dorongan syahwat disertai rasa lemah setelahnya.
2-Baunya seperti bau mayang kurma sebagaimana yang telah dijelaskan.
3-Keluarnya dengan memancar sedikit demi sedikit.
Salah satu dari ketiga ciri tersebut cukup untuk menentukan apakah yang keluar itu mani ataukah bukan. Jika tidak ditemui salah satu daripada ketiga-tiga ciri di atas maka tidak boleh dihukumi sebagai mani kerana dengan begitu hampir boleh dipastikan bahawa ia bukan mani. Ini berkaitan dengan mani lelaki. Adapun mani wanita warnanya kuning dan cair. Kadangkala warnanya putih bila kekuatannya melebihi kadar biasa.
Ada dua ciri yang jadi panduan dalam menentukan mani wanita.
1-Baunya seperti bau mani lelaki.
2-Nikmat saat mengeluarkannya dan merasakan lemah setelah itu.

shauqi- Moderator
- Number of posts : 154
Registration date : 2008-03-25
Similar topics
» Soalan kliru
» Perkataan Asas dalam bahasa Arab
» Cara untuk bertanya soalan, menulis atau menghantar komen ke forum ini

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum