macammana nak kusai bhs arab?
5 posters
Mari Belajar Bahasa Arab :: Salam Perkenalan dan Sembang-sembang. In any language you prefered :: Cadangan anda dan persoalan umum
Page 1 of 1
macammana nak kusai bhs arab?
salam ya ustaz,ana nak taye macammana nak kuasai bahasa arab terutamanye nak tahu makne dan barisnye. pastu nak praktikan dalam perckapan.ha lagi satu dalam penulisan dalam kertas kerja macammane nak buat ayat yang sedap dibaca dan mudah difahami.diharap ustaz dapat memberi petua dlm menguasai bhs arab.sekian syukran.
noramirah- Baru Je Join
- Number of posts : 7
Registration date : 2008-08-30
Re: macammana nak kusai bhs arab?
noramirah wrote:salam ya ustaz,ana nak taye macammana nak kuasai bahasa arab terutamanye nak tahu makne dan barisnye. pastu nak praktikan dalam perckapan.ha lagi satu dalam penulisan dalam kertas kerja macammane nak buat ayat yang sedap dibaca dan mudah difahami.diharap ustaz dapat memberi petua dlm menguasai bhs arab.sekian syukran.
wslm wm wb...
soalan ini adalah soalan yang difikirkan oleh hampir semua orang..
Jawapan mudah, ambil kelas bahasa Arab secara konsisten
Nak tahu makna, kene gunakan kamus. yang terbaik boleh saya cadangkan: al-Mawrid, sebab ia memberi banyak makna untuk satu2 entri dalam bahasa arab dan inggeris, so memudahkan kita untuk memahami maksud keseluruhannya. Kedua, ia mudah untuk digunakan kerana tidak menggunakan kata dasar dalam susunan entrinya. Kamus (dan ilmu saraf juga - bukan urat sarat, tapi sarf) juga membantu kita menyebut keseluruhan baris dalam perkataan dengan betul, melainkan baris akhir.
Download kamus mawrid: https://arabic.darkbb.com/perkongsian-bahan-dalam-bahasa-arab-sharing-arabic-resources-f45/kamus-al-mawrid-dalam-format-pdf-untuk-dikongsi-bersama-t148.htm
Download kamus al-mu'jam al-wasit: https://arabic.darkbb.com/perkongsian-bahan-dalam-bahasa-arab-sharing-arabic-resources-f45/al-mu-jam-al-wasit-untuk-dikongsi-bersama-t152.htm
Nak tahu baris (baris akhir), kenelah belajar ilmu nahu. Di universiti dalam dan luar negara, sesetengahnya ada lebih dari satu subjek nahu. Nahu 1, 2, 3 dan 4. Hmm, maknanya kena belajar 2 ke 3 semester. Kenapa? kerana banyaknya isu dalam nahu Arab. Walaupun banyak, ia sangat menarik dan menepati logik. Walaupun begitu, ia masih boleh diringkaskan. kene cari buku di pasaran yang mudah2. Di antara cara nak mahir membariskan perkataan arab, berlatih i`rab, saya cadangkan guna buku al-nahw al-wazifi.
Nak praktik bercakap? kene cari kawan Arab dan berkawan dengan dia, ataupun kawan dari bangsa asing yang belajar bahasa Arab, macam turki, afrika dll. Nak cari kawan melayu boleh, tetapi kene bersungguh, kerana kadang2 end up with malay juga akhirnya.
nak buat ayat sedap, sebenarnya mestilah bermula dengan banyak membaca. sebab melalui pembacaan kita akan menjiwai bahasa yang kita baca, ayat2nya, dan akhirnya kita akan menggarap gaya bahasa penulis itu untuk menjadi gaya bahasa kita sendiri.
harap membantu.
p/s: kalau saya atau orang lain ada jawapan yang mudah untuk semua soalan noramirah ni, mestilah dah ramai yang sangat mahir berbahasa Arab. Realitinya, orang malaysia masih tersangat kurang yang mahir. Pelajar kita belajar bahasa Arab dari sekolah rendah atau menengah, (6 ke 11 tahun), tetapi cubalah lihat hasilnya (b. inggeris pun agaknya lebih kurang gitu, tetapi lebih baik mungkin kerana persekitaran). Banyak faktor yang perlu dikaji; silibus, mentaliti, kesungguhan, faktor sekeliling dsb.
tetapi, jangan patah semangat, kerana ramai juga yang mampu dengan cemerlang untuk menguasai bahasa Arab, setidaknya dalam kemahiran membaca memahami dan menulis.
Re: macammana nak kusai bhs arab?
terima kasih,syukran,thank you.moga nasihat ustaz dapat membantu. aminn..
noramirah- Baru Je Join
- Number of posts : 7
Registration date : 2008-08-30
Re: macammana nak kusai bhs arab?
salam ustaz,ustaz ada kamus معجم المنجد في اللغة لعلي بن الحسن الهناءيtak?ana kene kaji kamus ni.pastu kene bentang kat kelas pd hari rabu ni.harap ustaz dapat membantu.
noramirah- Baru Je Join
- Number of posts : 7
Registration date : 2008-08-30
Re: macammana nak kusai bhs arab?
Assalamualaikum ya ustaz,
Saya ingin bertanya kepada ustaz, bagaimanakah caranya
untuk saya menguasai Bahasa Arab lebih-lebih lagi
dalam qawaidnya yang sangat luas...?
Dan bagaimana pula cara untuk mempraktikkannya...?
Syukran jazilan

Nur Hidayah- Baru Je Join
- Number of posts : 1
Age : 33
Lokasi : Selangor
Registration date : 2008-12-21
Re: macammana nak kusai bhs arab?
wslm.. rasanya dah jawab dalam post di atas.
Di sini saya ulangkan semula:
Nak tahu baris (baris akhir), kenelah belajar ilmu nahu. Di universiti dalam dan luar negara, sesetengahnya ada lebih dari satu subjek nahu. Nahu 1, 2, 3 dan 4. Hmm, maknanya kena belajar 2 ke 3 semester. Kenapa? kerana banyaknya isu dalam nahu Arab. Walaupun banyak, ia sangat menarik dan menepati logik. Walaupun begitu, ia masih boleh diringkaskan. kene cari buku di pasaran yang mudah2. Di antara cara nak mahir membariskan perkataan arab, berlatih i`rab, saya cadangkan guna buku al-nahw al-wazifi.
tips yang lain, mungkin boleh cuba kuasai semua topik nahu tersebut secara umum, pastikan dapat dibezakan semua unsur2 penting macam perbezaan di antara mubtada khabar sifat mausuf fa`il maf`ul huruf jar, tamyiz, kana, inna, adawat nasb, adawat jazm, dll..
lepas tu cuba praktis untuk i'rab setiap teks yang dibaca, secara umum, tidak semestinya i'rab kamil
bila jumpa kemusykilan, cubalah kita berbincang
semoga berjaya

assalamualaikum ustaz
dlm byk2 buku , buku apa yg ustaz suggest utk digunakan dalam belajar bahasa arab untuk al quran dan percakapan harian.
dlm byk2 buku , buku apa yg ustaz suggest utk digunakan dalam belajar bahasa arab untuk al quran dan percakapan harian.
siti2373- Baru Je Join
- Number of posts : 1
Registration date : 2009-02-02
Re: macammana nak kusai bhs arab?
waalaikumussalam
kalau nak buku free online, boleh tengok bahagian berkongsi sumber belajar bahasa arab di internet
buku di pasaran, pada pandangan saya hampir semua ok, tetapi memang perlu guru yang mengajar terutama pada peringkat awal

kene rajin ulangkaji...rajin2 bcakap arab...rajin menghafal...rajin bertanya...rujuk moderator
azharassyurtiy- Baru Join Sikit-sikit
- Number of posts : 21
Registration date : 2011-04-10
Mari Belajar Bahasa Arab :: Salam Perkenalan dan Sembang-sembang. In any language you prefered :: Cadangan anda dan persoalan umum
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum