persoalan
3 posters
persoalan
salam ust..ana ada persoalan yg sntiasa confius apa hukumnya..
1. adakah wajib ke ats setiap muslimah menutup auratnya ktk berada dgn non muslim khususnya perempuan di stiap tmpt khususnya asrama yg berkongsi bilik air dn sbgnya?sbb spnjg pengetahuan ana wajib ttp kan..tp ada kwn ana gtau dibenarkan bk dgn bersyarat iaitu diyakini non muslim tersebut x akan myebarkan tntg aurat kita kpd umum..
2. hukum menyimpan kuku panjang?
3. memotong kuku@rambut ktk berhadas besar(haid)?
4. berinai dgn tujuan sj2?
ok 2 sj stkt ini..

dak arab- Banyak Dah Join
- Number of posts : 44
Lokasi : PANTAI TIMUR
Registration date : 2008-03-26
Re: persoalan
1. Menurut satu pandangan dalam mazhab Syafei sempadan aurat di antara wanita muslimah dan wanita kafir ialah selain anggota yang terpaksa dibuka untuk melakukan sesuatu kerja seperti menguruskan rumah dan sebagainya (sila rujuk kitab al-Fiqh al-Manhaji 'Ala Mazhab al-Imam al-Syafe'i). Manakala menurut mazhab Hanafi aurat wanita muslimah dengan wanita kafir adalah seumpama aurat wanita muslimah sesama mereka. Ana lebih cenderung kepada pendapat ini, wallahu'alam.
2. Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis yang sahih riwayat Imam Bukhari dan Muslim (خمس من الفطرة الختان والاستحداد ونتف الإبط وتقليم الأظافر وقص الشارب ) bermaksud : "5 perkara daripada fitrah: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai". Jadi, menyimpan kuku panjang menyalahi fitrah dan menafikan kebersihan.
3. Menurut pandangan Imam al-Ghazali makruh memotong kuku atau rambut ketika berhadas besar. Namun, Islam agama yang mementingkan kebersihan, jadi sekiranya kuku terlalu panjang sehingga menafikan kebersihan, maka bolehlah dipotong.
4. Tak de masalah berinai tapi jangan sampai ke tahap tabarruj.
Wallahu'alam

shauqi- Moderator
- Number of posts : 154
Registration date : 2008-03-25
Trade In Cincin Suasa-Perak
Askm ustaz. Diharap agar ustaz sihat sejahtera di sana. Saya ada sedikit kemusykilan, dan memerlukan bantuan ustaz. Terima kasih.
Saya secara tidak sengaja, telah tersilap ‘trade in’ cincin suasa saya kepada cincin perak, tanpa menjual terlebih dahulu cincin suasa tersebut. Perkara ini dikhuatiri terliba dengan riba.
Ia terjadi apabila saya menyerahkan cincin suasa tersebut kepada Nenek saya, dan meminta pertolongannya utk berurusan dengan kedai emas di kampung.
Saya agak lalai kerana tidak berpesan kepadanya, agar menyuruh kedai menilai harga cincin suasa saya terlebih dahulu (dengan mengeluarkan batu zamrud pada cincin terlebih dahulu), ambil duit dari pekedai, seterusnya membuat tempahan cincin perak baru (yg sama bentuk & coraknya, dan siap dipasang batu zamrud yg lama), dan membayar harga cincin perak tersebut apabila siap nanti.
Namun, apa yg berlaku ialah, Nenek telah menyerahkan cincin suasa tersebut kepada pekedai, dan selepas beberapa hari, cincin perak yg ditempah sudah siap. Akhirnya, pekedai menjual cincin perak ni dgn harga RM69, tolak dengan harga cincin suasa yg dinilai sebanyak RM71, dan lebihan RM2 dipulangkan pada Nenek. Telah berlaku penangguhan waktu serah & terima di situ, jadi saya merasakan telah berlaku riba an-nasi'ah.
Saya akui, saya agak lalai dalam urusan tempahan cincin baru tersebut, padahal sudah mempunyai serba sedikit pengetahuan berkenaan urusan jual beli antara dua item ribawi yg berlainan. Sedar tak sedar, saya sudah terlibat dengan dosa Riba.
Adakah saya perlu menjual semula cincin perak tersebut, dan disedekahkan kesemua duit jualannya (sebagai syarat utk melupuskan harta riba)? Ataupun saya masih boleh menggunakannya, cukup dengan bertaubat (atas kecuaian & kelalaian saya dlm urusan jual beli barang2 ribawi tersebut)?
Saya berharap agar ustaz dapat beri cadangan utk saya menghapuskan rasa syubhat saya dalam perkara ini.
Maafkan saya atas pertanyaan soalan sebegini. Terima kasih kerana membantu.
Wslm.
Ridzuan,
Meru, Klang.

wan_ly- Baru Je Join
- Number of posts : 1
Registration date : 2008-07-27
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum