Mari Belajar Bahasa Arab
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

persoalan

3 posters

Go down

persoalan Empty persoalan

Post by Tilmizah kelate Sat Apr 19, 2008 7:33 pm

Persoalan

1) Bolehkah orang perempuan menyampaikan dakwah dengan cara bernasyid @ marhaban dan swaktu dgnnya???

2) Baru2 ni heboh dperkakatan n diperdebatkan tntg ayam yg di suntik dgn enzim babi so,, bolehkah dimakan, dan apakah hukum ke atas ayam yang telah disuntik dengan enzim babi tersebut???.

3) Apakah boleh wanita yang dalam keadaan kotor (haid) memotong kuku, memegang al-quraan dan memotong rambut??? sila jelaskan mengenainya...

4) Dalam bab puasa... bolehkah puasa ganti dgn puasa sunat digabungkan dan dilaksanakan pd waktu yg sama contohnya... puasa sunat dan puasa qada dilaksanakn pd waktu yg sama.. zulsenyum1 zulzul4
Tilmizah kelate
Tilmizah kelate
Baru Join Sikit-sikit
Baru Join Sikit-sikit

Number of posts : 30
Registration date : 2008-03-26

Back to top Go down

persoalan Empty Re: persoalan

Post by shauqi Mon Apr 21, 2008 1:02 am

Assalamualaikum....

1. Boleh... tetapi khusus untuk golongan sasaran wanita sahaja.
2. Perkara tersebut masih tak jelas....malahan bukan setakat itu, malahan kita juga pernah terdengar ayam yang mati sebelum disembelih juga dijual...so menurut hukum fiqh...boleh dimakan kerana kita tidak dituntut untuk pi check satu-satu, cuma pastikan dibeli dari penjual muslim...tapi kalau nak lebih selamat, beli ayam hidup dan sembelih sendiri Very Happy
3. Tentang potong kuku dan rambut sudah dijelaskan sebelum ini...sila rujuk jawapan yg telah diberikan. manakala memegang dan membaca al-Quran TIDAK dibenarkan ketika berada dalam haid...kecuali sekiranya membaca dalam hati maka ia diharuskan.
4. Puasa Qadha' adalah wajib manakala puasa sunat itu sunat...so kedua2nya berbeza. Menurut sesetengah ulama' apabila berpuasa wajib pada hari yg disunatkan berpuasa maka pahala sunat pun dapat jugak.

Wallahu'alam Bissowab.
shauqi
shauqi
Moderator
Moderator

Number of posts : 154
Registration date : 2008-03-25

Back to top Go down

persoalan Empty Re: persoalan

Post by sue Sun Apr 27, 2008 5:19 pm

Salam...

bertemu lagi ust...

tergerak nak bertanya pulak sbb terbaca isu soal agama dekat ats ni tang ppuan haid dan baca+sentuh Quran...

sue dah rujuk banyak buku dan ada dua pendapat tang isu tersebut 1) mengatakan tidak boleh memegangnya juga membacanya, 2) boleh membacanya...

sue lebih ikut pendapat yg kedua iaitu boleh mambacanya dengan NIAT kita ZIKIR pada Allah, bukan untuk tilawah... banyangkan kalu ppuan yg tempoh untuk suci adalah pjg kekdg ada yg 10 hari ke atas... bukankan itu akan bagi kesan pada ppuan tuhh.... blh jadi syaitan akan duduk dlm hatinya pula sbb lama x zikir pada Rabb... cuma untuk kuar dari khilaf jangan baca guna Al-Quran tapi kita masih boleh baca ayat2 Quran dlm buku2 amalan bacaan harian atau mushaf ada tafsirnya... sue ada baca juga yang Aisyah R.ahu. ada mengatakan semasa dia beribadah sewaktu dimekah dlm keadaan haid, Rasulullah cuma mengatakan 'jangan tawaf', kiranya yg lain ibadah kita boleh lakukan termasuklah membaca Quran...

masih cetek ilmu agama ni, dan mngkin ust boleh terangkan lebih jelas lagi napa ust berpendapat ianya tidak boleh...

sue
Baru Je Join
Baru Je Join

Number of posts : 2
Registration date : 2008-04-04

Back to top Go down

persoalan Empty Re: persoalan

Post by shauqi Mon Apr 28, 2008 1:23 am

Assalamualaikum sue.....



Menurut pandangan mazhab Syafei...wanita tidak boleh membaca
al-Quran ketika haid dalam apa situasi sekalipun. Hujahnya ialah hadis nabi saw
yg diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi yang bermaksud: Janganlah orang
yang haid dan berjunub itu membaca sesuatu daripada al-Quran. Namun
diharuskan membaca di dalam hati atau membaca doa yg diambil daripada al-Quran
seperti doa menaiki kenderaan.
Namun menurut sesetengah pandangan ulama' pula dibolehkan wanita yg berada dalam
keadaan haid membaca al-Quran sekiranya terpaksa atau darurat. Maksud terpaksa
atau darurat di sini termasuklah menuntut ilmu ...kerana perlu membetulkan
bacaan sebab wajib baca al-Quran dalam solat (Fatihah) .

Jadi pandangan saya...sekiranya seseorang itu perlu belajar memperbetulkan
bacaan al-Quran demi menunaikan kewajipan kepada Allah yang wajib seperti
solat...etc, maka dia boleh membacanya walau dalam keadaan haid. Namun
sekiranya tidak sampai ke tahap perlu sangat2 nak belajar kerana sudah ada ilmu
tentangnya...maka haram baginya membaca al-Quran semasa haid...cukup baginya
membaca di dalam hati sahaja.

Berkenaan dengan syaitan duduk dalam hati sebab lama tak zikir - zikir tak semestinya membaca dan mengucapkan dgn lidah, tetapi ia juga boleh dilakukan di dalam hati...begitu juga boleh baca al-Quran dalam hati dan syaitan akan lari, Insya allah.

Masalah bacaan ayat al-Quran dalam mushaf yg ada tafsir - ia berkaitan dengan hukum memegang al-Quran, bukan berkaitan bacaan al-Quran ketika dalam uzur.

Berkenaan dengan Aisyah R.ahu. ada mengatakan semasa dia beribadah sewaktu
dimekah dlm keadaan haid, Rasulullah cuma mengatakan 'jangan tawaf',
kiranya yg lain ibadah kita boleh lakukan termasuklah membaca Quran - NABI MEMBENARKAN BUAT AMALAN SELAIN TAWAF TETAPI HARUS DIINGAT BAHAWA MAKSUD NABI ITU ADALAH AMALAN KHUSUS DALAM UMRAH SEPERTI IHRAM, SAEI DAN SEBAGAINYA, BUKANNYA BACA AL-QURAN KERANA BACA AL-QURAN BUKANLAH AMALAN KHUSUS YG BERKAITAN UMRAH.



wallahu'alam.


Last edited by shauqi on Wed Apr 30, 2008 6:23 pm; edited 1 time in total
shauqi
shauqi
Moderator
Moderator

Number of posts : 154
Registration date : 2008-03-25

Back to top Go down

persoalan Empty Re: persoalan

Post by sue Tue Apr 29, 2008 9:56 pm

Salam kembali dari sue...

Terima kasih sbb terangkan pada sue tang isu tuh, sue akan amek ilmu yg ust beri dekat atas... n akan jdekan panduan masa2 akan dtg... moga Allah sentiasa merahmati ust.. ameennn...

maaflah sue ni banyak soal pulak... Very Happy

adatlah murid baru belajar mencari ilmu.... sebenarnya sue dah pernah tanya soalan ni pada seorg pensyarah UKM yg sue hormat sebagai ibu...
masa tuh, mang x tahu sebenarnya hukum tang isu dkt atas dan ummi ada bagi penjelasan spt berikut:

Sekadar perkongsian mengenai persoalan SUE mengenai membaca al-Qur’an Ketika Haid.

Soalan ini dijawab dalam dua bahagian

(i) hukum memegang al-Qur’an ketika sedang haid dan

(ii) hukum membacanya ketika haid.

Keseluruhan penjelasan ditumpukan kepada wanita yang sedang haid namun termasuk sama dalam kategori ini ialah wanita yang sedang mengalami nifas dan istiadah.

(i) Hukum memegang al-Qur’an.
Umumnya terhadap persoalan pertama terdapat dua pendapat, yang pertama mengatakan tidak boleh manakala yang kedua berkata boleh.
Pendapat yang pertama merujuk kepada firman Allah:

(al-Qur’an) Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci.[1]

Dan sabda Rasulullah (s.a.w):

Tidaklah menyentuh al-Qur’an dan tidak juga mushaf melainkan orang yang suci.[2]

Bagi pendapat kedua pula, mereka berpegang kepada kaedah bahawa seseorang wanita yang sedang haid boleh melakukan semua perkara seperti biasa melainkan wujud dalil yang tepat (qathi) yang melarangnya. Dalam hal ini yang jelas dilarang adalah bersolat, berpuasa, melakukan tawaf dan bersanggama. Adapun hukum memegang al-Qur’an, tidak ada dalil yang tepat yang melarang seseorang yang sedang haid daripada memegangnya.

Ayat al-Qur’an yang dijadikan rujukan oleh pendapat pertama adalah tidak tepat untuk dijadikan hujah kerana perkataan al-Mutatahharun sebenarnya merujuk kepada para malaikat sebagaimana yang boleh dilihat daripada keseluruhan ayat yang berkaitan:

Bahawa sesungguhnya itu ialah Al-Quran yang mulia, Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.[3]

Berkata Ibnu Abbas (r.a), fii Kitabim-maknun bererti di langit, yakni di al-Lauh al-Mahfuz manakala al-Mutatahharun adalah para malaikat yang suci.[4]

Justeru keseluruhan ayat sebenarnya menerangkan tentang kitab al-Qur’an yang sebelum ini tersimpan dalam al-Lauh al-Mahfuz , di sana ia tidak disentuh oleh sesiapa kecuali para malaikat sehinggalah ia diturunkan ke bumi kepada manusia.

Hadis yang dijadikan dalil melarang adalah juga tidak tepat sandarannya kerana perkataan al-Taharun yang bererti suci adalah satu perkataan yang memiliki banyak erti (lafaz Mushtarak) dan mengikut kaedah Usul Fiqh: Sesuatu perkataan yang memiliki banyak erti tidak boleh dibataskan kepada satu maksud tertentu melainkan wujud petunjuk yang dapat mendokongi pembatasan tersebut.

Perkataan suci dalam hadis di atas boleh bererti suci dari najis seperti tahi dan air kencing. Boleh juga bererti suci dari hadas besar seperti haid dan junub, dan suci dari hadas kecil yakni seseorang yang dalam keadaan wudhu’. Ia juga boleh bererti suci dari sudut akidah sepertimana firman Allah terhadap orang-orang musyrik:
Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis.[5]

Oleh itu seseorang itu perlu mencari maksud sebenar kepada perkataan suci dalam hadis di atas. Salah satu caranya ialah dengan mengkaji keseluruhan hadis di mana ia sebenarnya adalah sepucuk surat yang dihantar oleh Rasulullah (s.a.w) kepada seorang sahabat di Yaman. Di saat itu Yaman adalah sebuah wilayah yang penduduknya masih terdiri daripada campuran orang bukan Islam dan Islam, justeru mungkin sahaja surat tersebut bertujuan melarang al-Qur’an daripada disentuh oleh orang bukan Islam kerana sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis.

Himpunan antara asal usul hadis dan rujukan al-Qur’an kepada orang musyrik sebagai najis dapat mengarah kepada satu petunjuk yang tepat bahawa erti suci dalam hadis di atas sebenarnya merujuk kepada orang Islam. Justeru keseluruhan hadis sebenarnya melarang orang-orang bukan Islam daripada memegang kitab atau mushaf al-Qur’an.

Akhirnya jika dianalisa antara dua pendapat di atas, diyakini bahawa yang lebih tepat adalah pendapat kedua yang membolehkan seorang wanita yang sedang haid untuk memegang al-Qur’an. Hal yang sama adalah bagi wanita yang sedang dalam keadaan nifas dan istiadah.

(ii) Hukum membaca al-Qur’an.
Dalam persoalan ini terdapat sebuah hadis Rasulullah (s.a.w):
Seseorang yang dalam keadaan junub atau haid tidak membaca sesuatu apa jua dari al-Qur’an.[6]

Hadis ini memiliki beberapa jalan periwayatan namun setiap darinya adalah daif. Berkata Imam Nawawi: Adapun hadis Ibnu Umar: “Seseorang yang dalam keadaan junub atau haid tidak membaca sesuatu apa jua dari al-Qur’an” , maka ia diriwayatkan oleh Tirmizi, Ibnu Majah, al-Baihaqi dan selainnya. Ia adalah hadis yang daif, didaifkan oleh al-Bukhari, al-Baihaqi dan selainnya.

Kedaifan yang terdapat padanya adalah jelas.[7]

Namun sebahagian ahli fiqh tetap melarang seorang wanita yang sedang haid daripada membaca al-Qur’an kerana diqiyaskan keadaan haid kepada keadaan junub.[8]

Namun pematukkan hukum ini tidak dianggap tepat kerana haid dan junub adalah dua keadaan yang jauh berbeza. Junub adalah satu keadaan di mana seseorang itu memiliki pilihan untuk berada dalamnya atau tidak, dan seseorang itu boleh keluar dari keadaan junub pada bila-bila masa melalui mandi wajib atau tayamum. Berbeza halnya dengan haid, ia bermula dan berakhir tanpa pilihan.

Sebahagian lain melarang atas dasar memelihara kesucian dan keagungan al-Qur’an. Justeru mereka berpendapat tidak boleh membaca (mentilawahkan) al-Qur’an kecuali beberapa perkataan atas dasar zikir dan memperoleh keberkatan.[9]

Pendapat ini juga dianggap kurang tepat kerana seseorang muslimah, sama ada dalam keadaan haid atau tidak, tetap dianggap suci dan dihalalkan bagi mereka semua yang dihalalkan melainkan wujudnya dalil yang sahih yang menegah sesuatu perkara seperti solat, puasa, tawaf dan bersanggama.

Adapun pensyari‘atan mandi wajib selepas berakhirnya tempoh haid, ia adalah penyucian atas sesuatu yang sedia suci dan bukannya penyucian atas sesuatu yang sebelum itu bersifat najis. Oleh itu tidaklah berkurang sedikitpun kesucian dan keagungan al-Qur’an apabila ia dibaca oleh seseorang muslimah yang sedang dalam keadaan haid.

Pernah sekali Abu Hurairah (r.a) mengasingkan diri daripada Rasulullah (s.a.w). Beliau balik ke rumah untuk mandi wajib dan kemudian kembali. Rasulullah bertanya kenapakah dilakukan sedemikian, lalu Abu Hurairah menerangkan bahawa tadi beliau sebenarnya dalam keadaan junub. Mendengar itu Rasulullah bersabda:
Subhanallah ya Abu Hurairah ! Sesungguhnya orang mukmin tidak ia menjadi najis.[10]

Kata-kata Rasulullah (s.a.w) di atas bersifat umum, menunjukkan bahawa seorang mukmin tidaklah ia sekali-kali akan berada dalam keadaan najis. Termasuk dalam keumuman hadis ini ialah wanita yang sedang haid.
Akhirnya berkata Imam Ibnu Taimiyah terhadap persoalan ini: Sesungguhnya adalah para wanita mereka mengalami haid di zaman Rasulullah (s.a.w), maka seandainya membaca al-Qur’an adalah diharamkan ke atas mereka (ketika haid) sepertimana solat, pasti baginda Nabi (s.a.w) akan menjelaskannya kepada umatnya. Baginda akan mengajarnya kepada para Ummul Mukminun (para isteri baginda) dan akan dinukil daripada mereka oleh orang ramai. Akan tetapi tidak ada satupun (riwayat) yang melarang yang dinukil daripada Nabi (s.a.w). Oleh itu hal ini tidak boleh dianggap terlarang padahal telah diketahui bahawa baginda tidak melarangnya. Justeru jika baginda tidak melarangnya padahal ramai wanita yang haid di zamannya, maka sesungguhnya ketahuilah bahawa ia sebenarnya adalah tidak haram.[11]

Oleh itu wanita yang sedang haid dibolehkan membaca al-Qur’an seperti biasa. Demikian juga bagi wanita yang berada dalam keadaan nifas dan istiadah. Kepada Allah kembali segala kebenaran.
——————————————————————————–
[1] Al-Waqiah (56): 79
[2] Sahih: Hadis daripada ‘Amru bin Hazm (r.a), dikeluarkan oleh Ibnu Hibban, al-Hakim, Baihaqi dan lain-lain melalui beberapa jalan yang setiap darinya memiliki kelemahan. Namun setiap darinya saling menguat antara satu sama lain sehingga dapat diangkat ke taraf sahih, atau setepatnya sahih lighairihi. Lihat semakan Badri Abdul al-Samad dalam al-Ittihafu bitakhrij Ahadith al-Isyraf ‘ala Masail al-Ikhtilaf (Dar al-Buhts, Dubai 1999), jld 1, ms 77-82.
[3] Al-Waqiah (56): 77-80
[4] Demikian juga keterangan beberapa sahabat dan tabiin sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Jarir al-Tabari dalam Jamii al-Bayan (Dar al-Fikr, Beirut 1999), riwayat no: 25955 – 25970. Lihat juga al-Mawardi - Al-Nukatu wa al-‘Uyun (Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut tp thn), jld 5, ms 463-464.
[5] al-Taubah (9): 28.
[6] Daif: Hadis daripada Abdullah ibnu Umar (r.a), dikeluarkan oleh Tirmizi, Ibnu Majah, al-Daquthni dan lain-lain. Ia memiliki 3 jalan periwayatan yang semuanya daif. Nasiruddin Albani tidak menjadikannya penguat antara antara satu sama lain manakala Badri Abdul al-Samad berpendapat ia saling menguat sehingga dapat diangkat ke taraf hasan (hasan lighairihi). Lihat Irwa al-Ghaleel fi Takhrij Ahadith Manar al-Sabil (Maktabah al-Islami, Beirut), hadis no: 192 dan al-Ittihafu bitakhrij Ahadith al-Isyraf, jld 1, ms 83-84.
[7] Majmu’ Syarah al-Muhazzab (Dar Ihia’ al-Turath al-Arabi, Beirut 2001), jld 2, ms 123-125 (Kitab Taharah, Bab Apa yang mewajibkan mandi, Bab Hukum terhadap 3 perkara).
[8] Lihat Majmu Syarah al-Muhazzab jld 2, ms 267-268 (Kitab Haid, berkata al-Musannif: “Dan dilarang atasnya membaca Qur’an….”).
[9] Lihat al-Kasani – al-Bada‘i al-Sona‘i (Dar al-Kitab al-Arabi, Beirut 1982), jld 1, ms 38 (Bab pemasalahan adab-adab wudhu’).
[10] Sahih: Ringkasan hadis daripada Abu Hurairah (r.a), dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim, lihat al-Lu’ Lu’ wa al-Marjan (Fu‘ad Abdul Baqi; Dar al-Salam, Riyadh 1995) – no: 210.
[11] Majmu al-Fatawa 26/191 (Dar al-Wafa’, Kaherah 2001), jld 13, ms 104. Lihat juga pembahasan Ibnu Hazm dalam al-Muhalla (Dar Ihia al-Turath al-Arabi, Beirut tp thn), jld 1, ms 78-85 (Masalah no: 116: Membaca al-Qur’an dan bersujud dan menyentuh mushaf).

sue
Baru Je Join
Baru Je Join

Number of posts : 2
Registration date : 2008-04-04

Back to top Go down

persoalan Empty Re: persoalan

Post by shauqi Wed Apr 30, 2008 7:13 pm

Salam....



Memang isu ini merupakan isu khilafiyyah. Apatah lagi apabila dalil yang dikemukakan bagi menangani sesuatu isu itu tidak kuat, tidak sahih atau tidak sarih, maka sudah tentu ia akan menimbulkan perbincangan. Namun sesuatu yang perlu ditekankan juga bahawa sumber ilmu fiqh ialah al-Quran, al-Sunnah, Ijma' dan Qiyas. Maka...yang lebih afdhal kita merujuk kepada pandangan Jumhur ulama' kerana pandangan jumhur lebih dirasakan selamat... walau pun begitu tak salah berpegang pada pandangan lain asalkan benar-benar belajar, memahami dan mengetahui dengan sebenarnya segala perbincangan ulama' yang berkaitan dengan istinbat sesuatu hukum.

Dalil haramnya membaca al-Quran bagi orang yang berjanabah dan haid ialah sabda rasulullah yang bermaksud: "Tidak (boleh) bagi orang berjunub dan haid memmbaca sesuatu daripada al-Quran". (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi, Ibnu Majah, al-Bayhaqi dan al-Daruqutni dan ia merupakan hadis daif). Dalil yang lain ialah hadis daripada saidina ali yang menyatakan bahawa "Adalah Rasulullah saw membacakan al-Quran kepada kami dalam setiap keadaan, tetapi TIDAK ketika berjunub". (Hadis diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi- hadis ini ialah hadis Hasan Sahih dan hadis ini juga diriwayatkan oleh Ashab Sunan yang lain - rujuk Subulus salam). Para ulama' mengqiyaskan orang yang haid dengan orang yang junub (Qiyas merupakan salah satu sumber hukum syara'). Banyak lagi perbincangan ulama' tentang perkara ini cuma kesimpulan apa yang telah disebut oleh para ulama' adalah seperti yang berikut:

Hukum Membaca al-Quran:
## Pendapat Jumhur Ulama' : Tidak harus bagi orang yang dalam keadaan haid membaca al-Quran sebagaimana tidak bolehnya orang yang berjanabah membaca al-Quran.
## Pendapat Ibn Hazm al-Zahiri: Boleh membaca al-Quran bagi orang yg haid dan yg berjanabah kerana ia perbuatan yang baik.
## Pendapat ulama' mazhab Maliki: Mereka yg haid boleh baca al-Quran tetapi tidak bagi mereka yg berjunub kerana haid lebih panjang dan lama dari junub, sekiranya dilarang membaca al-Quran ditakuti mereka akan lupa kepada bacaan al-Quran.

Hukum Memegang al-Quran:
## Pendapat Jumhur Ulama': Tidak harus bagi orang yang haid memegang al-Quran (ayat al-Quran).
## Pendapat Ulama' Zahiri: Boleh orang yang haid memegang al-Quran
## Pendapat ulama' mazhab Maliki: Dibenarkan memegang al-Quran bagi wanita haid yang mengajar atau belajar al-Quran.

Untuk lebih detail tentang perbincangan ini boleh rujuk kitab al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuh oleh Syeikh Wahbah Zuhaily, kitab al-Mufassal Fi Ahkam al-Mar'ah oleh Syeikh Abdul Karim Zaydan dan kitab-kitab yang lain.

wallahu'alam.
shauqi
shauqi
Moderator
Moderator

Number of posts : 154
Registration date : 2008-03-25

Back to top Go down

persoalan Empty Re: persoalan

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum